Apa itu VLE-FROG?

Sama-sama kita explore FROG!

Team Building Guru @ Kem Sungai Pisang, Gombak

Bergambar setelah penat Jungle Trekking dan mandi air terjun.

Sambutan Hari Guru 2013

Semua cikgu ceria dengan tema pakaian warna merah!

SK Seafield 3

SK Seafield 3, USJ 8, Subang Jaya.

Thursday, August 30, 2012

:: Merdeka 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Pihak SKS3 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-55

Semoga ia memberi anda semua seribu erti makna dalam kita menempuh cabaran hidup yang semakin mendatang.

Sambil-sambil menyambut merdeka, elok juga kita selami maksud disebalik logo kemerdekaan bagi tahun ini.



Photobucket

:: Sambutan Ambang Merdeka SKS3 (2012) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

~ Sambutan Ambang Merdeka 2012 Peringkat SK Seafield 3 ~

Tarikh: 30 Ogos 2012
Masa: 0740 - 0840

Aktiviti: 
1) Nyanyian lagu Patriotik
2) Kibaran Jalur Gemilang










* Nantikan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung sempena Bulan Kemerdekaan ini seperti basikal berhias dan macam-macam lagi. Jangan ketinggalan untuk menyertainya!

Photobucket

Wednesday, August 29, 2012

:: Koleksi Bank Soalan UPSR ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Sedang admin SKS3 melayari internet untuk mencari bahan P&P di internet, saya ada terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terutama kepada calon-calon UPSR 2012. 

Sila klik gambar dibawah untuk pelbagai jenis soalan-soalan yang boleh membantu anda berjaya dalam UPSR!!

SEMOGA BERJAYA!!



Photobucket

Tuesday, August 28, 2012

:: Bengkel Menggosok Gigi ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Sekitar bengkel menggosok gigi dengan cara yang betul oleh jururawat Pusat Kesihatan.




Credit kepada Pn. Norida Bt Hj Hanafiah :-)

Photobucket

:: Pelajar sasaran mangsa buli siber ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.




BERDASARKAN kajian Tingkah Laku Siber Belia Global yang dikeluarkan Microsoft Corp. mendapati 33 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun di negara ini terdedah kepada pelbagai aktiviti siber termasuk jenayah buli dalam talian.

Malah, melalui kajian yang dijalankan bermula 11 Januari hingga 19 Februari lalu di 25 buah negara termasuk Malaysia itu mendapati satu pertiga remaja negara ini pernah menjadi mangsa buli siber.

Dianggarkan 24 peratus kanak-kanak dan remaja yang terlibat dalam tinjauan kajian terbabit mengakui pernah melakukan sesuatu yang dibimbangi oleh ibu bapa termasuk menjadi mangsa buli dalam talian.

Kajian tempatan mengemukakan hasil bahawa golongan ini berhasrat berkongsi cerita dan mahu berinteraksi dengan ibu bapa mereka mengenai isu buli dalam talian namun hanya 27 peratus daripada ibu bapa yang mahu berbincang dengan anak-anak mereka berhubung aspek keselamatan khususnya melindungi anak-anak ketika dalam talian.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, golongan terbabit yang terdiri daripada pelajar memerlukan ruang untuk membincangkan isu-isu termasuk kes buli dalam talian kerana perlu merasa selamat.

''Bagaimanapun, jika ruang seperti ini tidak ada, mereka perlu membuat keputusan sendiri dan disebabkan kurang pengalaman dalam menangani isu dengan cara yang tidak sesuai, secara tidak langsung memberi masalah psikologi dan mental yang serius pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyertai Rundingan Meja Bulat Masalah Buli Dalam Talian anjuran Microsoft Corp. yang turut dihadiri Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim;

Pengarah Hal Ehwal Korporat, Malaysia dan Pasaran Baru, Microsoft Malaysia, Jasmine Begum serta Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr. Nurulwafa Hussain.

Sehubungan itu, menurut Dr. Abdul Kadir, ibu bapa seharusnya memainkan peranan lebih utama dan proaktif khususnya meningkatkan pemantauan terhadap tingkah laku anak-anak mereka berkaitan sebarang aktiviti siber.

"Penggunaan Internet tanpa kawalan orang dewasa khususnya ibu bapa meletakkan remaja pada risiko bahaya seperti dibuli dalam talian, pornografi dan berpotensi mendedahkan maklumat peribadi kepada pemangsa seksual.



"Pengawasan ibu bapa merupakan faktor utama melindungi anak-anak mereka terutama dalam mempengaruhi tingkah laku anak-anak berkaitan isu buli dalam talian ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, pihaknya bimbang mengenai kekurangan polisi formal yang berperanan melindungi keselamatan golongan kanak-kanak dan belia memandangkan mereka terlibat dengan jenayah siber pada usia yang muda.

Menurutnya, tinjauan tempatan menunjukkan hanya 18 peratus ibu bapa mengajar anak-anak mereka mengenai adab sewaktu dalam talian dan 13 peratus daripada ibu bapa meminta anak-anak memaklumkan kepada mereka sekiranya mereka menjadi mangsa buli dalam talian.

Pada perkembangan yang sama, Jasmine berkata, Microsoft turut mengambil beberapa pendekatan bagi menangani isu berkaitan buli dalam talian antaranya memperkenalkan kuiz interaktif pada laman web setiap sekolah agar pendidikan awal mengenai jenayah buli dalam talian dapat diperluaskan di kalangan pelajar.

"Buli siber atau buli dalam talian ini boleh dikatakan satu cabaran serta isu serius yang dihadapi seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi perkara tersebut.

"Bagi Microsoft, pendekatan kami adalah dari aspek keselamatan dalam talian dan memupuk warganegara melalui usaha menyokong literasi digital dan beretika.

"Pada masa yang sama, kita memberi kuasa kepada ibu bapa, penjaga dan pendidik dengan alat serta sumber yang tepat untuk membantu mereka bercakap dengan anak-anak tentang keselamatan dalam talian," jelasnya.



Photobucket

:: Video Korporat SK Seafield 3 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Mari sama-sama kita saksikan video korporat SK Seafield 3 yang telah dihasilkan oleh En. Shazali Ajak.







Photobucket

Wednesday, August 15, 2012

:: Ucapan Lebaran Dari Haji Mahmud Bin Karim, Pengarah Pelajaran JPN Selangor ::




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kepada semua warga JPN Selangor, PPD, Pengetua / Guru Besar, BTPN, PKG, Guru-guru dan para pelajar, Negeri Selangor Darul Ehsan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.


Semoga kehadiran Aidil Fitri akan menyemarakkan semangat perpaduan kita .

Berhati-hatilah ketika di jalan raya...sambutlah hari raya dengan penuh kegembiraan dan bukan dengan tangisan.

Sekian terima kasih

-- 
Haji Mahmud Bin Karim
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Selangor


Photobucket

Thursday, August 9, 2012

:: Majlis Khatam Al-Quran 2012 ::

Asslamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia




Majlis Khatam Al-Quran 2012

Tarikh: 10 Ogos 2012
Masa: 8-10am
Tempat: Dewan SK Seafield 3












Photobucket

Wednesday, August 8, 2012

:: Bendera 'Cap Tangan' Sempena Bulan Kemerdekaan SK Seafield 3 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Hasil kreativiti guru-guru SKS3 dan kerjasama semua pihak, akhirnya bendera Malaysia yang menggunakan 'cap tangan' guru dan murid sepanjang lebih 50 meter berjaya dihasilkan.

Kini bendera tersebut digantung dihadapan sekolah dengan penuh rasa bangga. TAHNIAH!













Photobucket

Tuesday, August 7, 2012

Sekolah Cuti Awal Aidilfitri

Tiada kelas 17 Ogos sempena balik kampung



Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad.

Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September.

Kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.

Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos.

Bercakap kepada BH semalam, beliau bagaimanapun berkata, kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.

Beliau diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekolah diberikan cuti awal bagi memudahkan murid pulang kampung untuk berhari raya bersama keluarga. Mereka mengemukakan cadangan itu menerusi panggilan telefon dan laman Facebook BH.

NUTP anggap keputusan tepat

Dalam surat siaran Bilangan 25/2012 itu, kementerian tidak menyelaras cuti berganti Aidilfitri kerana perayaan diraikan dalam cuti pertengahan penggal kedua. Ini bermakna cuti ganti hanya untuk sekolah di negeri Kumpulan B, iaitu hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan berkata kementerian membuat keputusan tepat memberi cuti ganti pada 17 Ogos.

Katanya, ini memudahkan orang ramai merancang program balik kampung tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas yang teruk berbanding menjelang perayaan.

Beliau berkata, ada keluarga sanggup memulakan perjalanan pada jam 11 malam walaupun ia tidak sesuai kerana penat dan mengantuk yang mendedahkan mereka kepada kemalangan jalan raya.

Sumber BH online / BTPN Selangor


Photobucket