Dayang-dayang SKS3

Puteri Senandung Dan Puteri Sejinjang

Kejohanan Sukan Tahunan 2014

Saksikan atlet SK Seafield 3 beraksi di balapan!

Hari Guru 2014

Guru ceria di Hari Guru!

Program Bijak ICT 2014

Sila ke pejabat sekolah untuk mendaftar.

Tuesday, July 31, 2012

:: Mewarna Bendera Malaysia ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.


Sesuai untuk kelas mewarna sempena Bulan Kemerdekaan ini. Enjoy.







sumber: DIY Photo Coloring Book Tutorial - Photoshop CS5


Photobucket

Friday, July 27, 2012

:: Bawa Telefon dan Ipad ke Sekolah ::

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 16 Julai – Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.



Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

“Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gelaja Displin Murid di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, kebenaran penggunaan iPad adalah selari dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian yang semakin popular di negara ini.

“Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.

“iPad juga mempunyai fungsi perbualan, alat komunikasi seperti Samsung Galaxy Note adalah sukar dikategorikan sebagai telefon bimbit atau komputer riba,” katanya.

Ka Siong bagaimanapun menegaskan keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah tidak bermaksud Kementerian Pelajaran menggalakkan pembelian produk berteknologi tinggi dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 kini berada di peringkat akhir penyediaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan.

“Dalam tempoh ini, Kementerian Pelajaran mengalu-alukan pendangan daripada semua pihak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 juga akan menetapkan peraturan untuk menangani perihal jenayah siber.

“Ini antaranya bertujuan mengelakkan pelajar menyalahgunakan alat komunikasi untuk tujuan yang tidak baik termasuk memfitnah guru di Internet,” katanya.

Sumber Utusan Malaysia


Photobucket

Tuesday, July 24, 2012

:: KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKS3 (2012) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.


Berikut adalah keputusan akhir Kejohanan Sukan Tahunan SK Seafield 3 bagi tahun 2012.




 KLIK DISINI UNTUK 'DOWNLOAD' KEPUTUSAN PENUH ACARA PADANG


 KLIK DISINI UNTUK 'DOWNLOAD' KEPUTUSAN PENUH ACARA BALAPAN





Photobucket

Monday, July 23, 2012

:: Selamat Menunaikan Ibadah Puasa ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.


Kami, warga SKSeafield 3 ingin mengucapkan 




Photobucket

Tuesday, July 3, 2012

:: [LADAP] P&P Berkesan (30.06.2012)

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.





Apa dia pengajaran berkesan?
Pengajaran berkesan – pembelajaran berkesan – pencapaian objektif

Pengajaran-proses membantu mirud memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap melalui kaedah atau aktiviti yang sistematik; melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Bagaimana menghasilkan pengajaran berkesan?
1)      Persediaan guru
a.       Sukatan & RPT
b.      RPH
                                                               i.      Objektif
                                                             ii.      Aktiviti
                                                            iii.      Refleksi – nyatakan samada objektif tercapai atau tidak. Cth: 2 dari 30 murid berjaya melakukan kemahiran menyepak bola ke arah gol dengan tepat.
2)      Penyampaian pelajaran
a.       Set induksi yg menarik
b.      Menggunakan kaedah yg berpusatkan murid
c.       Menerangkan konsep dpd yang mudah kepada kompleks (ansur maju)
d.      Laksanakan aktiviti mengikut tahap murid
e.      Menjalankan aktiviti yang memperlihatkan pemeringkatan & perkembangan pelajaran
f.        Melaksanakan aktiviti yg mengambil kira pelbagai kecerdasan murid
g.       Melibatkan pelbagai deria
h.      Libatkan P&P dgn kehidupan harian murid
i.         Bahan P&P yg sesuai
j.        Terapkan kemahiran berfikir
3)      Teknik penyoalan
a.       Kemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif
b.      Kemukakan soalan bertumpu dan bercapah
c.       Memberi masa untuk murid berfikir
d.      Meyebarkan soalan ke seluruh kelas
e.      Member respons yg sesuai terhadap jawapan murid
4)      Peneguhan
a.       Memberi pujian secara lisan / isyarat kepada perlakuan yg baik
b.      Mempelbagaikan perkataan / isyarat peneguhan bersesuaian dengan murid
c.       Beri teguran terhadap negative bersesuaian dengan murid
5)      Latihan dan tugasan
a.       Ikut keupayaan & kebolehan murid
b.      Dipelbagaikan jenisnya
c.       Berkaitan dengan tajuk yg dipelajari
d.      Menekankan prosedur dalam membuat tugasan
6)      Penutupan
a.       Penutup kognitif
                                                               i.      Rumusan pelajaran
b.      Penutupan sosial
                                                               i.      Mententeramkan emosi murid
                                                             ii.      Persediaan utk pelajaran berikut
7)      Pengurusan Kelas
a.       Mewujudkan suasana kondusif utk P&P
b.      Memastikan kehadiran & kesediaan murid
c.       Mewujud & memanfaatkan sudut mata pelajaran
d.      Memastikan peraturan kelas dipatuhi

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Berkesan

PMP- penubuhan ini di sekolah bertujuan utk menggembeleng tenaga pengajar dalam menyelaras aktiviti matapelajaran dlm P&P.

Objektif
·         Merancang & meyelaras pengurusan aktiviti matapelajaran
·         Meningkatkan mutu P&P
·         Memperoleh strategi / kaedah P&P yg inovatif & kreatif mengikut perkembangan pendidikan semasa
·         Memperbaiki prestasi murid dalam peperiksaan sekolah dan awam dalam mata pelajaran akademik
·         Mewujudkan kerjasama diantara panitia matapelajaran dgn persatuan

Peranan Ketua Panitia
1.       Melaksanakan tugas P&P
a.       Mengajar mengikut opsyen
b.      Guru contoh
2.       Memimpin dan pengurus kurikulum
a.       Merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai P&P
b.      Mengurus dan menggerakkan panitia
c.       Agen perubahan / inovasi
d.      Melaksanakan pemantauan
3.       Kemajuan staf
a.       Membuat analisis keperluan
b.      Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman



Photobucket