Apa itu VLE-FROG?

Sama-sama kita explore FROG!

Team Building Guru @ Kem Sungai Pisang, Gombak

Bergambar setelah penat Jungle Trekking dan mandi air terjun.

Sambutan Hari Guru 2013

Semua cikgu ceria dengan tema pakaian warna merah!

SK Seafield 3

SK Seafield 3, USJ 8, Subang Jaya.

Wednesday, May 23, 2012

:: LADAP - Integriti Dalam Pekerjaan ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.






Tarikh: 23/5/2012
Hari: Rabu


Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) -   


  • integriti merupakan nilai penting yang perlu ada pada penjawat awam yang mana ia merangkumi nilai-nilai amanah, jujur dan boleh dipercayai atau dengan kata lain melaksanakan tugas seperti yang telah diamanahkan.
  • sebagai pendidik seseorang itu perlu mempunyai roh guru iaitu menjiwai tugas sebagai guru, bersemangat dan juga mencintai profession keguruan.
  • dan sebagai seorang pendidik juga perlu bersedia untuk berubah iaitu:
    • berani membuat perubahan dari segi pnp
    • berani mengambil risiko
    • sanggup menerima segala perubahan yang dibuat dengan reda


Photobucket

Thursday, May 17, 2012

:: Sambutan Hari Guru (2012) SK Seafield 3 ::

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik khususnya guru-guru SK Seafield 3!

Tahniah buat KKGK SKS3 yang berjaya melaksanakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang boleh disifatkan sebagai 'grand' hasil dari kerjasama dan komitmen semua guru yang terlibat menjayakannya. Tahniah diucapkan. 

Semoga jasa guru akan dikenang sampai akhir hayat. TERIMA KASIH CIKGU!








Photobucket

Thursday, May 10, 2012

:: Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan Sempena Hari Guru 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA HARI GURU 2012
  • Terbuka kepada SEMUA MURID SK Seafield 3.
  • Kad ucapan mestilah menggunakan perisian komputer sahaja (Contohnya: Microsoft Word, PowerPoint, Publisher dan sebagainya.)
  • Format kad ucapan hendaklah mempunyai nama Guru SKS3, kata-kata ucapan, gambar dan nama   pengirim.
  • Pemenang akan dinilai dari aspek kreativiti rekacipta kad dan ucapan yang unik.
  • Sila hantar kad ucapan ke alamat e-mail: admin@skseafield3.com
  • Sebarang pertanyaan, sila berjumpa dengan Cikgu Raja Firdaus.
  • Tarikh Tutup: 16 Mei 2012




Photobucket

Wednesday, May 9, 2012

:: Pesta Pantun 2012 (Johan: SK Seafield 3) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia..

Tarikh: 25 & 26 April 2012
Tempat: SK Subang Bestari, Subang Jaya
Guru Pembimbing / Guru Pengiring: Cikgu Ahmad Firdaus Mohd Yaakob, Cikgu Halwani Bt Abd. Wahab

Gadis perawan usah terpikat,
Umapama Dahlia penuh santunan,
Membawa cabaran penuh semangat,
SK Seafield 3 tak gentar berlawan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan pantun SK Seafield 3 yang telah berjaya mendapat tempat PERTAMA dalam Pesta Pantun 2012 (MSSD) Petaling Perdana!!




























Photobucket

Friday, May 4, 2012

:: Lagu Tema Hari Guru 2012; Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara ::

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini


Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif


c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini


Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan


ulang c/o x2




Nak muat turun lagu? Sila klik pada pautan di bawah neh : (link ke 4shared)


MUAT TURUN LAGU





Photobucket

Wednesday, May 2, 2012

:: Atlet Sekolah 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Syukur kerana SK Seafield 3 telah berjaya melahirkan seorang atlet yang sangat berbakat besar dalam bidang sukan olahraga, iaitu Adik Mohammad Luqman Muaz (Tahun 6 Gigih) yang telah mewakili MSS Daerah Petaling Perdana dalam acara 100M, 4x100M, 4x200M & Lompat Tinggi (L4) yang telah berlangsung di Kuala Selangor yang ke-60.










Dalam kejohanan ini, Adik Luqman telah berjaya merangkul 3 pingat, iaitu:

  1.  Emas - 4x100 Meter
  2. Gangsa- 4x200 Meter
  3. Gangsa - Lompat Jauh
Ini merupakan kejayaan yang sangat dibanggakan oleh pihak sekolah. Selain itu, dalam diam, sekolah mempunyai seorang lagi murid yang berbakat dalam acara renang, iaitu Adik Michele (Tahun 3 Gigih) yang sanggup mengikuti kelas renang persendirian dan telah mengikuti beberapa pertandingan renang peringkat negeri. 





Teruskan usaha anda. CHAIYOK! 


Photobucket