Apa itu VLE-FROG?

Sama-sama kita explore FROG!

Team Building Guru @ Kem Sungai Pisang, Gombak

Bergambar setelah penat Jungle Trekking dan mandi air terjun.

Sambutan Hari Guru 2013

Semua cikgu ceria dengan tema pakaian warna merah!

SK Seafield 3

SK Seafield 3, USJ 8, Subang Jaya.

Tuesday, March 27, 2012

:: Lawatan Penanda Aras Ke SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Satu Lawatan Penanda Aras ke SK Sultan Sulaiman (SKSS1), Kuala Terengganu telah diadakan pada 24 Mac 2012. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau program-program yang telah dianjurkan oleh SMKSS serta tatacara pengurusan sekolah sehingga berjaya mencapai kejayaan bergelar Sekolah Berprestasi Tinggi. 

Rombongan dianggotai seramai 60 termasuk kakitangan pejabat. Bertolak dari SK Seafield 3 pada jam 9:00 malam dan tiba di Kuala Trengganu pada jam 7:00 pagi. Destinasi pertama ialah Hotel Kenangan, Kuala Terengganu. Kediaman yang ditawarkan amat memuaskan hati bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Selesai pengurusan diri, kami kemudian bertolak ke SK Sultan Sulaiman 1 yang mana sekolah ini telah dinaik tarafkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada bulan Feb 2012 yang lalu. Banyak maklumat yang kami perolehi sebagai rujukan dan panduan menuju ke arah kegemilangan SK Seafield 3 khususnya.













Photobucket

Monday, March 5, 2012

:: SELAMAT MENGHADAPI UJIAN BULANAN 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.




Kami warga SK Seafield 3 ingin mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN kepada semua murid. Jangan lupa untuk mengulangkaji dan banyakkan berdoa. Semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang!


Dan jangan lupa baca doa tau!




Photobucket

:: Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas ::

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian Dalam Talian UKM 1




Tarikh : 1 Februari - 30 April  2012
Bagi pelajar berusia 7 - 15 tahun

Berminat untuk menyertai:
  1. Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintarTM  Negara Universiti Kebangsaan Malaysia - Johns Hopkins University - Center for Talented Youth (JHU-CTY)
    (Pelajar 9 - 15 Tahun: di UKM)
  2. Perkhemahan PERMATA Insan
    (Pelajar Islam 8 Tahun: di USIM)
  3. Program Pendidikan PERMATApintarTM (PPPp)
    (15 Tahun Sahaja)
  4. Program Laluan Pintas (PLP) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
    (untuk pelajar berumur 7 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet
1 Hari, 1 Sekolah, 1 Pelajar
1 hari, 10,000 Sekolah, 1 Pelajar = 10,000 Pelajar
50 Hari, 10,000 Sekolah, 100 Pelajar = 5,000,000 Pelajar


Pendaftaran:
a) Pelajar baru: masukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga
b) Pelajar lama: kemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga

Jangka masa ujian: 1 jam 30 minit


Photobucket

Sunday, March 4, 2012

:: Kejohanan Merentas Desa 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

3.3.2012 (Sabtu)- Kejohanan Merentas Desa 2012 peringkat SK Seafield 3 telah berlangsung dengan jayanya hasil komitmen AJK yang terlibat. Pihak urusetia kejohanan ingin mengambil kesem[atan ini untuk  mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, pihak MPSJ, pihak Polis Trafik (IPD Subang Jaya) dan seterusnya murid-murid SK Seafield 3 yang telah memberi kerjasama dengan baik dalam melancarkan program ini. 
























Photobucket

:: Projek Membina Gelanggang Bola Jaring ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam pembinaan gelanggang bola jaring di sekolah. Jasa kalian amat kami hargai dan ingat sampai bila-bila.







Photobucket

:: Majlis Jasamu Dikenang Pn Hjh Nafsiah Bt Hussin ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.



Tanggal 29.2.2012 merupakan hari yang agak suram di SK Seafield 3 kerana Puan Hjh Nafsiah Bt Hussin, Penolong Kanan Pentadbiran yang dikenali sebagai seorang yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab dalam tugas telah berpindah dan bertugas ke sekolah baru iaitu di SK Bagan, Johor. Segala memori, amanat serta pesan dan kenangan terindah bersama beliau tidak kami lupakan. 

Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.






Photobucket