Dayang-dayang SKS3

Puteri Senandung Dan Puteri Sejinjang

Kejohanan Sukan Tahunan 2014

Saksikan atlet SK Seafield 3 beraksi di balapan!

Hari Guru 2014

Guru ceria di Hari Guru!

Program Bijak ICT 2014

Sila ke pejabat sekolah untuk mendaftar.

Sunday, January 22, 2012

:: Perlawanan Persahabatan Badminton (SKS3 vs SKUSJ20)

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia,

Satu perlawanan persahabatan badminton antara SK Seafield 3 dan SK USJ 20 telah diadakan di dewan badminton Supercourt yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid sebelum perlawanan sebenar yang akan berlangsung pada 30.1.2012 akan datang. Semoga dengan usaha ini akan memberi sesuatu hasil yang positif kepada tahap permainan yang akan ditonjolkan oleh pemain sekolah SK Seafield 3 khususnya.










Photobucket

:: Merentas Desa MSSD 2012 ::

19.1.2012 (Khamis)- Satu lagi kejohanan tahunan yang wajib diadakan setiap tahun iaitu Kejohanan Merentas Desa (MSSD Petaling Perdana) yang berlangsung di Pusat Sukan UPM, Serdang telah pun berjaya dilaksanakan dengan lancar. Kejohanan yang dianggap sebagai 'pemanas badan' sebelum acara Kejohanan Padanag & Balapan pada bulan Februari nanti kelihatan sangat meriah dengan penyertaan yang menggalakkan hampir semua sekolah daerah Petaling Perdana. 

SK Seafield 3 juga tidak ketinggalan menghantar 11 orang peserta (lelaki & perempuan) untuk memberi saingan dalam kejohanan ini. Walaupun nasib mereka agak kurang bernasib baik, namun apa yang dibanggakan oleh pihak sekolah semangat mereka untuk mencuba dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid SKS3 sepanjang latihan bersama guru dan pada hari kejohanan. Semoga anda tidak putus asa untuk mencuba lagi pada tahun hadapan!









Photobucket

Saturday, January 21, 2012

:: Selamat Menyambut Tahun Baru Cina ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.


Kami warga SK Seafield 3 ingin mengucapkan selamat bercuti dan .....



Photobucket

Thursday, January 19, 2012

:: Kejohanan Hoki MSSD 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Pada 16-18.1.2012 yang lalu, telah berlangsung satu Kejohanan Hoki bawah 12 tahun peringkat MSSD di Stadium Hoki KPM, Lembah Pantai. sebanyak lebih dari 9 buah pasukan sekolah telah menyertai pertandingan ini. Pelbagai ragam dan kemahiran dapat dilihat sepanjang kejohanan berlangsung. Selamat berjaya kami ucapkan kepada Pasukan Hoki SK Seafield 3. 

Kalah menang adat bertanding. Yang penting adalah semangat berpasukan dan kesungguhan dalam permainan. Good luck!




Photobucket

:: Makluman Cuti Hari Raya Cina SK Seafield 3 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.


Untuk makluman semua IbuBapa/ Penjaga murid SK Seafield 3 sempena Cuti Tahun Baru Cina bagi tahun 2012.






Photobucket

Tuesday, January 17, 2012

:: Atasi Masalah 3M : Laporan LINUS Selepas Ini ::

Atasi masalah 3M

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Pertahanan bagi mengenal pasti sekolah yang mempunyai pelajar gagal menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) ketika mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selepas dikenal pasti pihaknya akan menilai sama ada perlu mengadakan program khas bagi membantu sekolah terbabit meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid mereka.

“Kami nak kenal pasti mereka datang dari sekolah mana, bandar ke luar bandar, (Sekolah) Kebangsaan (SK) dan (Sekolah) Jenis Kebangsaan. Dari situ kami akan susun balik sekolah yang dikenal pasti.

“Kalau perlu ada program khas mengatasi masalah ini kami akan laksanakan. Ini satu penemuan penting untuk kami mengambil perhatian kerana dalam rekod kementerian pun memang terdapat sebilangan kecil daripada pelajar yang sampai tingkatan lima masih mempunyai masalah tidak boleh membaca dan menulis,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Khas Amanat Tahun Baru Kementerian Pelajaran 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi kelmarin bahawa lapan peratus daripada 6,667 pelatih PLKN dari 30 kem terpilih tidak boleh membaca dan menulis.

Zahid dilaporkan berkata, penemuan itu berdasarkan kajian projek perintis menggunakan modul I-Smart yang dilaksanakan terhadap kumpulan pelatih daripada pengambilan siri ketiga, Ogos tahun lalu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagi mengatasi masalah ini, kementerian memperkenalkan program literasi dan numerasi (Linus) sejak 2010 bertujuan menilai tahap kefahaman murid.

Katanya, penilaian dibuat sejak murid memasuki tahun satu, dari situ guru mengenal pasti kekurangan pelajar sama ada daripada segi fizikal, pendengaran dan penglihatan.

“Harapan saya apabila Linus diperkenalkan, kes pelajar tidak menguasai 3M tidak berlaku lagi. “Daripada apa yang sudah kami lakukan (keputusan pelaksanaanya) amat berkesan, apabila lebih 90 peratus dapat menerima proses pembelajaran dengan baik, tetapi program ini mengambil masa tiga tahun.

“Sekarang program ini sedang digunapakai untuk murid tahun dua, jadi tahun berikutnya amat penting kerana selepas tiga tahun kita harus dapat mencapai 100 peratus murid yang dapat menguasai 3M,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kementerian mempertimbangkan menambah panel penilai bebas tempatan dan antarabangsa yang diwujudkan bagi mengkaji semula sistem pendidikan negara ini.

“Panel ini dibentuk untuk membantu proses penilaian dengan menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat serta mendapatkan pelbagai pandangan dan perspektif mengenai sistem pendidikan negara,” katanya.

myMetro: 11 Januari 2012

Photobucket

Sunday, January 15, 2012

:: Semak On-line Status BR1M ::

BANTUAN RAKYAT RM500 (BR1M) DIBAYAR MULAI 15 JANUARI 2012 | Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.



Bagi mereka yang telah pun membuat permohonan sebelum ini , semakan status permohonan anda sama ada diterima atau ditolak boleh dibuat.

Cara semak :

Hubungi talian Hotline 1-800-22-2500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian hotline akan dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00petang .

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan untuk permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat LHDN dan agensi agensi berkaitan. Borang tersebut juga boleh diakses secara dalam talian.

Sila lawati http://www.treasury.gov.my/ untuk lebih maklumat lanjut.


Photobucket

:: SBPA Disemak Semula ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Pasukan petugas diberi dua bulan semak semula SBPA

KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pasukan petugas itu, yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April, untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Gambar hiasan

Pasukan petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Cuepacs serta pegawai kementerian yang berkaitan.

“Pasukan petugas terbabit akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

“Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh satu bulan dari kenyataan media ini iaitu pada 15 Februari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu-isu itu boleh dialamatkan kepada farida.sbpa@jpa.gov.my atau :

Datuk Farida Mohd Ali,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam,
Aras 13, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya

Mohd Sidek berkata bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad hasil semakan semula itu dibuat.

“Bagi mereka yang telahpun bersetuju memilih SBPA, opsyen berkenaan kekal,” katanya.
Mohd Sidek berkata kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuk kemudahan dan gaji. – BERNAMA


Photobucket

:: Sukaneka Tahun 1 SK Seafield 3 ::

Assalaualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

13.1.2012 - Kelihatan semua murid Tahun 1 bagi sesi 2012 amat gembira apabila satu aktiviti sukaneka dijalankan pada pagi Jumaat yang lalu. Antara permainan sukaneka yang dimainkan ialah tarik bola guna gelung dan campak pundi kacang ke dalam bakul.








Photobucket

Wednesday, January 4, 2012

:: Projek Membasmi Anaki-anai di Kelas 3 Maju ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Panitia Kemahiran Hidup SK Seafield 3 telah berjaya melaksanakan satu aktiviti menggantikan papan hitam lama  yang sadah reput dimakan anai-anai. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Wan dan Cikgu Raja Firdaus kerana sanggup meluangkan masa untuk keselesaan murid dalam menuntut ilmu. Syabas!





Photobucket

:: Hari Pertama Sekolah Di SK Seafield 3 Bagi Sesi 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Suasana di hari pertama persekolahan di SK Seafield 3 yang memberi pengalaman manis kepada murid Tahun 1 terutamanya. Diharapkan anda semua dapat menyesuaikan diri dengan baik persekitaran baru di sekolah ini.











Photobucket

Tuesday, January 3, 2012

:: Alamat Baru Laman Web Rasmi SK Seafield 3 ::

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.


Untuk makluman semua pihak, bermula pada bulan Januari 2012, alamat laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Seafield 3 akan ditukar daripada:


salamsks3.blogspot.com


kepada


www.skseafield3.com


Namun begitu, pengunjung laman web masih boleh melayari laman web ini menggunakan alamat lama tanpa sebarang masalah.


Semoga perubahan ini tidak membawa sebarang kesulitan kepada semua pihak dan memberi ia satu perubahan yang positif menuju ke arah pencapaian sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Sebarang pertanyaan atau cadangan, bolehlah anda ajukan kepada kami.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012!!




Photobucket