Tuesday, July 3, 2012

:: [LADAP] P&P Berkesan (30.06.2012)

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.





Apa dia pengajaran berkesan?
Pengajaran berkesan – pembelajaran berkesan – pencapaian objektif

Pengajaran-proses membantu mirud memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap melalui kaedah atau aktiviti yang sistematik; melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Bagaimana menghasilkan pengajaran berkesan?
1)      Persediaan guru
a.       Sukatan & RPT
b.      RPH
                                                               i.      Objektif
                                                             ii.      Aktiviti
                                                            iii.      Refleksi – nyatakan samada objektif tercapai atau tidak. Cth: 2 dari 30 murid berjaya melakukan kemahiran menyepak bola ke arah gol dengan tepat.
2)      Penyampaian pelajaran
a.       Set induksi yg menarik
b.      Menggunakan kaedah yg berpusatkan murid
c.       Menerangkan konsep dpd yang mudah kepada kompleks (ansur maju)
d.      Laksanakan aktiviti mengikut tahap murid
e.      Menjalankan aktiviti yang memperlihatkan pemeringkatan & perkembangan pelajaran
f.        Melaksanakan aktiviti yg mengambil kira pelbagai kecerdasan murid
g.       Melibatkan pelbagai deria
h.      Libatkan P&P dgn kehidupan harian murid
i.         Bahan P&P yg sesuai
j.        Terapkan kemahiran berfikir
3)      Teknik penyoalan
a.       Kemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif
b.      Kemukakan soalan bertumpu dan bercapah
c.       Memberi masa untuk murid berfikir
d.      Meyebarkan soalan ke seluruh kelas
e.      Member respons yg sesuai terhadap jawapan murid
4)      Peneguhan
a.       Memberi pujian secara lisan / isyarat kepada perlakuan yg baik
b.      Mempelbagaikan perkataan / isyarat peneguhan bersesuaian dengan murid
c.       Beri teguran terhadap negative bersesuaian dengan murid
5)      Latihan dan tugasan
a.       Ikut keupayaan & kebolehan murid
b.      Dipelbagaikan jenisnya
c.       Berkaitan dengan tajuk yg dipelajari
d.      Menekankan prosedur dalam membuat tugasan
6)      Penutupan
a.       Penutup kognitif
                                                               i.      Rumusan pelajaran
b.      Penutupan sosial
                                                               i.      Mententeramkan emosi murid
                                                             ii.      Persediaan utk pelajaran berikut
7)      Pengurusan Kelas
a.       Mewujudkan suasana kondusif utk P&P
b.      Memastikan kehadiran & kesediaan murid
c.       Mewujud & memanfaatkan sudut mata pelajaran
d.      Memastikan peraturan kelas dipatuhi

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Berkesan

PMP- penubuhan ini di sekolah bertujuan utk menggembeleng tenaga pengajar dalam menyelaras aktiviti matapelajaran dlm P&P.

Objektif
·         Merancang & meyelaras pengurusan aktiviti matapelajaran
·         Meningkatkan mutu P&P
·         Memperoleh strategi / kaedah P&P yg inovatif & kreatif mengikut perkembangan pendidikan semasa
·         Memperbaiki prestasi murid dalam peperiksaan sekolah dan awam dalam mata pelajaran akademik
·         Mewujudkan kerjasama diantara panitia matapelajaran dgn persatuan

Peranan Ketua Panitia
1.       Melaksanakan tugas P&P
a.       Mengajar mengikut opsyen
b.      Guru contoh
2.       Memimpin dan pengurus kurikulum
a.       Merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai P&P
b.      Mengurus dan menggerakkan panitia
c.       Agen perubahan / inovasi
d.      Melaksanakan pemantauan
3.       Kemajuan staf
a.       Membuat analisis keperluan
b.      Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman



Photobucket

0 comments:

Post a Comment