Wednesday, May 2, 2012

:: Atlet Sekolah 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Syukur kerana SK Seafield 3 telah berjaya melahirkan seorang atlet yang sangat berbakat besar dalam bidang sukan olahraga, iaitu Adik Mohammad Luqman Muaz (Tahun 6 Gigih) yang telah mewakili MSS Daerah Petaling Perdana dalam acara 100M, 4x100M, 4x200M & Lompat Tinggi (L4) yang telah berlangsung di Kuala Selangor yang ke-60.










Dalam kejohanan ini, Adik Luqman telah berjaya merangkul 3 pingat, iaitu:

  1.  Emas - 4x100 Meter
  2. Gangsa- 4x200 Meter
  3. Gangsa - Lompat Jauh
Ini merupakan kejayaan yang sangat dibanggakan oleh pihak sekolah. Selain itu, dalam diam, sekolah mempunyai seorang lagi murid yang berbakat dalam acara renang, iaitu Adik Michele (Tahun 3 Gigih) yang sanggup mengikuti kelas renang persendirian dan telah mengikuti beberapa pertandingan renang peringkat negeri. 





Teruskan usaha anda. CHAIYOK! 


Photobucket

0 comments:

Post a Comment