Dayang-dayang SKS3

Puteri Senandung Dan Puteri Sejinjang

Pari-Pari SKS3

Pari-pari turun dari kayangan :)

Hari Guru 2014

Guru ceria di Hari Guru!

Program Bijak ICT 2014

Sila ke pejabat sekolah untuk mendaftar.

Friday, December 30, 2011

:: Hari Orientasi Tahun 1 & Prasekolah sesi 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

27.12.2011 (Khamis) - Satu program hari suai kenal atau lebih dikenali sebagai Hari Orientasi Tahun 1 oleh pihak SK Seafield 3 telah berjalan dengan lancar. Pelbagai ragam anak-anak yang bakal melangkah masuk ke sekolah bagi sesi tahun hadapan dapat dilihat sepanjang program berlangsung yang bermula dari pukul 8.00 hingga 12.00 tengahhari itu. 

Kami, pihak pentadbir SK Seafield 3 mengucapkan...


SELAMAT DATANG KE SK SEAFIELD 3! KAMI PASTI AKAN MENDIDIK ANDA HINGGA BERJAYA!






Photobucket

Thursday, December 22, 2011

:: Borang SBPA Dalam Bentuk MsWord ::

Borang SBPA Dalam Bentuk MsWord

Kepada sekolah-sekolah yang akan melaksanakan SBPA boleh menggunakan borang ini yang telah disediakan dalam bentuk MsWord.


[Download Here]

Photobucket

Saturday, December 17, 2011

:: [PEMBERITAHUAN] SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) ::

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my  ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:- 

                                    ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
                                Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS 

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA. 

2.         Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing. 

3.         Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:- 

Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel                               : 03-8884 7137/7189/7038
Emel                           : sbpa@moe.gov.my 

Hotline Teknikal
Pasukan Aplikasi     : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server       : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal           : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my                            

Sekian dan terima kasih.




Photobucket

:: Muzik, seni bina keyakinan murid sejak usia muda ::

MURID SJKT Vivekananda bersama alat muzik sumbangan Proton Holdings Berhad di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


DALAM usaha untuk mempergiatkan perkembangan bakat dalam bidang muzik dan seni di peringkat usia muda, Proton Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan peralatan muzik kepada tiga buah sekolah terpilih di bawah kempen 'Persona - Lebih Baik, Tidak Syak lagi'.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, pihaknya percaya bahawa muzik dan seni adalah penting untuk membangunkan keyakinan diri pelajar kerana ia merupakan asas kepada kesejahteraan kanak-kanak serta kunci ejayaan apabila mereka dewasa kelak.

"Inilah sebabnya mengapa pihak kami mahu memainkan peranan dalam membantu sekolah-sekolah ini mewujudkan segmen muzik dan seni sebagai salah satu aktiviti kokurikulum mereka," katanya pada majlis itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, SJK (T) Vivekananda menerima sebanyak 67 buah peralatan muzik seperti keyboard, deram bass, snare, trompet, tamborin dan melodian untuk digunakan dalam usaha sekolah menubuhkan sebuah pancaragam genderang.

Peralatan muzik tersebut disampaikan oleh Sidik serta penyampai radio THR Raaga, DJ Aanantha kepada Guru Besar SJKT Vivekananda, Bala Mohan.

Sementara itu, Bala berkata, sekolahnya telah lama berhasrat untuk menubuhkan sebuah band dan sumbangan peralatan muzik yang diterima daripada Proton merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan amat dialu-alukan.

"Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemahiran seperti kerjasama berpasukan, kepimpinan dan kebolehan untuk bercakap di khalayak ramai tidak akan dapat dipelajari hanya melalui buku teks tetapi melalui pelbagai aktiviti lain seperti sukan, muzik dan seni," jelasnya.

Selain itu, dua sekolah yang turut menerima sumbangan alat muzik ialah SJKT Nilai di Negeri Sembilan dan SJKT Melaka Kubu, Melaka.

Setiap sekolah menerima 10 unit urumee, 10 tabla, satu set uremee melam, empat buah gitar dan 40 seruling.

Peralatan muzik berkenaan dibeli menggunakan dana yang dikumpul daripada hasil jualan video muzik DJ Aanantha bertajuk 'Thannambikkai' yang bermaksud keyakinan.

Sebanyak kira-kira RM30,000 telah dikutip daripada hasil jualan video muzik itu bermula minggu pertama Oktober lalu.

Lagu yang ditulis oleh DJ Aanantha dan video muzik yang menampilkan tiga kanak-kanak istimewa itu dibuat di bawah kempen 'Persona - Lebih Baik, Tidak Syak Lagi' dalam usaha untuk meniup keyakinan dalam diri kanak-kanak melalui irama rancak dan lirik yang ceria.

sumber: www.utusan.com.my


Photobucket

:: Bukti anak Orang Asli mampu berjaya ::

- Gambar hiasan -

SETINGGI mana pun Orang Asli belajar akhirnya ke hutan juga mereka kembali. Itulah antara kata-kata yang kerap dimomokkan ke telinga Adenor Awang, 12, oleh masyarakat di sekelilingnya.

Namun kata-kata itu langsung tidak menjadi kudis malah menjadi penguat semangat kepada remaja berusia 12 tahun itu untuk terus berjuang demi mencapai impiannya dalam pelajaran.

Nyata usaha dan penat-lelahnya berbayar apabila Adenor muncul sebagai anak daripada kaum Orang Asli pertama di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah, Perak, yang mencapai keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Keputusan cemerlang itu bukan saja membolehkan Adenor mencatat rekod sekolah malah memecahkan rekod sebelumnya dicapai oleh abangnya sendiri yang memperoleh 4A 1B.

Sejarah kejayaan abang dan kakak dijadikan pembakar semangat oleh remaja ini untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik daripada mereka.

Adenor juga sanggup menyahut cabaran bapanya sendiri supaya mendapat keputusan yang lebih baik dari abang dan kakaknya.

Ketika ditemui gadis pemalu ini kelihatan agak kekok sebaliknya dia lebih senang membiarkan bapanya, Awang, menjadi 'jurucakap' tidak rasmi untuk berkongsi rahsia kejayaan mendapat 5A dalam UPSR.

Awang yang begitu peramah dan sudi untuk berkongsi kejayaan anaknya, memberitahu antara rahsia kejayaan tersebut adalah suasana pembelajaran yang selesa di samping kerja keras dan dorongan kuat daripada ahli keluarga yang lain.

Awang mengakui cukup berbangga dengan kejayaan Adenor biarpun masih terpalit rasa terkilan kerana tidak berpeluang untuk menghantar dua anaknya sebelum ini ke kelas tuisyen sebagaimana diberi pada Adenor.

Dia yang mengusahakan sebuah kebun bunga orkid, mengakui keluarganya bukanlah orang senang namun aspek pelajaran anak-anak tidak diabaikan.

"Kalau nak anak berjaya, jangan kedekut untuk labur pada anak-anak, saya rasa terkilan kerana saya tak hantar abang dan kakak Adenor ke tuisyen walaupun saya tahu mereka ada potensi untuk cemerlang

"Kini saya sedar dan terus menghantar Adenor ke tuisyen yang terletak di pekan Tapah kerana saya tengok keputusan peperiksaan ujian sekolahnya menampakkan potensi untuk berjaya dan cemerlang,"katanya.

Selain itu, Adenor juga mengikuti kaedah pembelajaran melalui rancangan Astro Tutor yang banyak membantu dalam meningkatkan tahap kecekapan dan prestasinya.

Pada masa sama, Adenor juga banyak mengikuti kursus dan bengkel pelajaran sama ada di sekolah mahupun anjuran agensi luar semata-mata mahu memantapkan ilmu akademiknya.

Sebagai masyarakat Orang Asli, Awang sedar akan kekurangan yang membelanggu kehidupan masyarakatnya namun itu tidak bermakna dia tidak mahukan perubahan.

Malahan sikap inginkan kemajuan menjadi salah satu faktor kejayaan dia dan anak-anaknya untuk meneruskan hidup pada hari mendatang.

Bapa kepada lapan orang anak ini juga banyak mendedahkan anak-anaknya kepada dunia luar agar lebih bersikap positif dan berfikiran terbuka dalam menjalani kehidupan sebagai manusia dan seorang pelajar.

Awang juga mempunyai prinsip dan matlamat hidup sendiri.

"Saya ada moto hidup saya sendiri iaitu SBBB - Saya Bersyukur, Saya Berusaha dan Saya Berjaya," katanya.

Paling utama, kata Awang, dia tidak mahu melihat anak-anak muda Orang Asli mengabaikan pelajaran.

"Kadang-kadang saya sedih melihat keadaan anak-anak muda Orang Asli sekarang yang lupakan sekolah, yang lelaki hisap dadah, perempuannya pula kaki joget di majlis keraian.

"Sebab itu saya tidak pernah beri kebenaran pada anak saya untuk ke majlis keraian, risau dia akan terdedah kepada aktiviti yang tidak sihat.

"Kita akan dianggap hebat jika berjaya dalam pelajaran, tetapi jangan gunakan jalan singkat untuk berjaya," pesan Awang.

sumber: www.utusan.com.my

Photobucket

Thursday, December 15, 2011

:: Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam ::

Akhirnya jadual gaji 2012 merujuk kepada tarikh pembayaran gaji kakitangan awam telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM)








Akhirnya kakitangan awam sudah boleh merancang kewangan mereka setiap bulan bermula daripada sekarang. Dalam keadaan sekarang ini, perancangan sangat penting ketika berbelanja.


Walaubagaimanapun, berita jadual gaji 2012 SBPA bagi kakitangan awam ini boleh dijadikan rujukan awal kerana jika ada keperluan kemungkinan ada pindaan di masa akan datang.


P/S : Selain jadual gaji 2012 ini, dalam masa yang sama juga kakitangan awam penjawat awam jangan lupa tentang pemberian 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan Disember ini.


sumber: http://jawatankosongkerajaan.my/jadual-gaji-2012-sbpa-tarikh-pembayaran-kepada-semua-kakitangan-awam







Photobucket

Tuesday, December 13, 2011

:: DAULAT TUANKU ::


Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang di-Pertuan Agong yang ke-14


Photobucket