Dayang-dayang SKS3

Puteri Senandung Dan Puteri Sejinjang

Pari-Pari SKS3

Pari-pari turun dari kayangan :)

Hari Guru 2014

Guru ceria di Hari Guru!

Program Bijak ICT 2014

Sila ke pejabat sekolah untuk mendaftar.

Tuesday, November 22, 2011

:: Majlis Persaraan Pn Low Foong Leen ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.


Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu.

Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.











Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


MONTAJ PERPISAHAN PN LOW


video

Photobucket

Monday, November 21, 2011

:: Tahniah Kepada Calon UPSR 2011 Yang Mendapat 5A! ::

Assalamaualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Tahniah kepada semua anak didik SK Seafield 3 yang berjaya mendapat 5A. Usahlah kalian mendabik dada dengan kejayaan yang didapati. Kepada yang gagal memperolehi 5A, usah berputus asa kerana UPSR bukan perhentian terakhir. Ciptakan lagi pelbagai kejayaan apabila berada di sekolah menengah nanti...

Pesanan daripada guru kalian ini.... Pandai-pandailah membawa diri apabila berada di sekolah menengah nanti. Ingat selalu kata-kata...JAGA DIRI, HIASI PERIBADI dan jangan lupakan Allah walau dimana kalian berada. Selamat tinggal anak didikku.....Biarkan kenangan bersama cikgu tetap bersemadi di memori kalian....











TAHNIAH!!!


Photobucket

:: Majlis Jalinan Kasih Tautan Abadi '11 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia

14 November 2011 - Satu Majlis Jalinan Kasih Tautan Abadi telah diadakan di dewan SK Seafield 3 untuk meraikan murid-murid Tahun 6 yang akan tamat pengajian mereka di sekolah ini. Para hadirin disaji dengan pelbagai hidangan menarik dan persembahan yang sangat hebat daripada murid-murid Tahun 6 sendiri hasil dari tunjuk ajar guru-guru. Semoga kita kan ketemu kembali dan jangan lupa jasa guru-guru anda!!!










Photobucket

Sunday, November 20, 2011

:: Sambutan Hari Kanak-kanak 2011 SK Seafield 3 ::





Persembahan Murid Prasekolah


Persembahan Bakat Murid (Piano & Violin)


Tarian Ulik Mayang


Korean Dance


Lazy Song






Suasana sepanjang Hari Kanak-Kanak '11 berlangsung






Photobucket

:: Persembahan Dikir Barat Suara Muda SKS3 (HAC 2011) ::


Photobucket

:: Latihan Murid - Menari bersama Cikgu Linda ::


Antara aktiviti yang dijalankan bagi mengisi masa senggang selepas UPSR 2011 khas untuk murid Tahun 6. 

Photobucket

Tuesday, November 15, 2011

PENYERAHAN WANG ZAKAT BANK RAKYAT 2011

Dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Majlis Rasmi Penyerahan Wang Zakat Bank Rakyat sebanyak RM100.00 kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya pada ketetapan berikut :

Tarikh      :  16 November 2011
Hari         :   Rabu
Masa       :   8.00 pagi
Tempat    :   Dataran Perhimpunan

Ibu bapa DIWAJIBKAN hadir bersama anak masing-masing untuk menerima wang zakat tersebut serta menandatangani borang akuan wang penerimaan.

Photobucket

PENYERAHAN WANG BANTUAN KERAJAAN RM100


PERHATIAN SEMUA IBU BAPA / PENJAGA
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengagihkan wang bantuan sebanyak RM100.00 kepada semua pelajar Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya.

Tarikh       :   16 November 2011
Hari          :    Rabu
Masa        :   10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat     :   Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya.

Ibubapa DIWAJIBKAN hadir bersama anak masing-masing untuk menerima wang bantuan tersebut serta menandatangani borang akuan penerimaan. Ketidakhadiran akan menyebabkan kelewatan penyerahan wang tersebut.

Photobucket

Tuesday, November 1, 2011

:: Majlis Perpisahan Pengawas SK Seafield 3 ::





Tahniah kepada semua. Semoga anda dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

Photobucket