Hari Anugerah Cemerlang (HAC 2012)

Semua cikgu ceria dengan tema pakaian warna hijau!

Barisan Guru Sesi 2012

Hari Guru 2012.

Lawatan Penanda Aras Ke Terengganu

Bergambar di tempat menginap sebelum bertolak ke SK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

5A!

Murid cemerlang yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2012

SK Seafield 3

SK Seafield 3, USJ 8, Subang Jaya.

Thursday, February 4, 2010

PROFIL SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD3

 Ditubuhkan dan mula beroperasi mulai 1 Disember 1997. Nama SK Seafield 3 diambil sempena nama Ladang Seafield iaitu tapak asal di mana bangunan sekolah ini didirikan.


 Pengambilan murid adalah dari SK Seafield ( USJ 6 ) dan SK Seri Selangor ( USJ 4 ) di samping pengambilan murid tahun 1 yang tinggal di kawasan USJ 8. Pada sesi persekolahan 1998, jumlah muridnya seramai 750 orang , 35 orang guru dan 3 orang staf sokongan.


 Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Seafield 3 ialah :
 En. Omar bin Jamali - 1.12.1997 – 5.1.2001
 Pn. Saedah binti Othman - 16.2.2001 – 26.2.2004
 Pn. Hjh Bibi Zuhara binti Dilbarkhan - 1.6.2004 – 1.12.2004
 Pn. Hjh Mariah binti Mahat - 1.1.2005 – 30.11.2007
 Pn. Hjh Aneesah binti Mohd Noor - 1.12.2007 – sekarang


 Kumpulan pertama calon UPSR hanya bermula pada tahun 2000 dengan jumlah calon seramai 175 orang.


 Kini, SK Seafield 3 telah mempunyai sebuah makmal komputer yang dikenali sebagai UNITES 3 ( Unit Informasi & Teknologi Seafield 3 ), mula digunakan pada April 2006 sementara bangunan prasekolah satu tingkat yang mengandungi 2 bilik darjah pula mula digunakan pada Januari 2007. Pada akhir tahun 2009, menerima peruntukan naik taraf Unit Pemulihan dan siap untuk kegunaan sesi 2010.