Monday, May 13, 2013
Wednesday, May 8, 2013
:: [LADAP] Membina Modal Insan Yang Lebih Cemerlang & Terjamin ::
9:33 AM
No comments
Tuesday, May 7, 2013
:: Kejohanan Boling Sempena Hari Guru 2013 Anjuran KKGK SKS3 ::
11:50 AM
No comments
Friday, May 3, 2013
:: Majlis Penyerahan Sumbangan Beg Sekolah Oleh En Gan Meng Foo (Calon BN N31) ::
11:59 AM
No comments
Assalamaualaikum WBT & Salam 1Malaysia.
Tarikh: 3 Mei 2013 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan SK Seafield 3.
Pihak SK Seafield 3 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En Gan Meng Foo, Calon Barisan Nasional Dun N31 Subang Jaya kerana sudi menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah kepada murid-murid sekolah ini.
Semoga dengan pemberian ini dapat menyuntik semangat murid-murid untuk terus belajar hingga berjaya.
Friday, April 26, 2013
:: Selamat Datang ke Ke SKS3 En. Sabri & Pn Munifah! ::
11:50 AM
No comments
Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.
Kami warga SKS3 ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada En Mohd Sabri Bin Hashim & Pn Nur Munifah Bt Mazlan yang mana masing-masing merupakan Guru Penolong Kanan HEM & Kokurikulum baru sekolah.
Diharapkan agar SKS3 akan terus maju dan berjaya dengan adanya barisan pimpinan baru ini.
Monday, April 22, 2013
:: Minggu Panitia Sains 2013 ::
10:15 AM
No comments
:: Tahniah Buat Pasukan Pantun Sekolah ::
10:10 AM
No comments
:: Jasamu Dikenang Pn Ani Bt Meh (PKKo) ::
10:05 AM
No comments
Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.
Jumaat (19 April 2013) merupakan hari terakhir buat Pn Ani Bt Meh menjalankan tugas sebagai PK Ko-kurikulum kerana bertukar ke SK Seksyen 9, Shah Alam. Kami warga SKS3 mendoakan semoga Pn Ani terus maju jaya di sekolah baru. Segala jasa bakti yang dicurahkan oleh beliau di sepanjang sekolah ini akan kami kenang sampai akhir hayat kami.
Cahaya liput serata alam,
Anak didik membawa salam,
Ilmu disebar dengan kalam,
Kini menjadi sejarah silam.
Kenangan bersama mengusik rindu,
Kini menjadi medan pilu,
Biarpun tiada ratap sendu,
Hati di dalam Allah jua tahu.
Hidup ibarat putaran roda,
Putaran berlegar mengikut masa,
Hari ini kanda berdua,
Lain ketika kami menyusul pula.
Maaf dipinta silap bicara,
Dalam masa gurau senda,
Hati terobek dek kaca,
Tutur bicara yang menikam sukma.

:: Kem Menggapai Impian 2013 ::
9:51 AM
No comments
Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah. Syukur kerana Kem Menggapai Impian UPSR 2013 yang khusus dirangka untuk murid-murid Tahun 6 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan agar program ini dapat memberi output yang positif dalam pencapaian keputusan peperiksaan murid-murid. Tahniah buat semua guru yang terlibat.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Zaiton Bt Hj Arsyad, Pegawai PPD dari Unit Pengurusan Sekolah Petaling Perdana atas kesudian merasmikan perasmian penutup.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Zaiton Bt Hj Arsyad, Pegawai PPD dari Unit Pengurusan Sekolah Petaling Perdana atas kesudian merasmikan perasmian penutup.
Subscribe to:
Posts (Atom)









































































